Kuih Seri Muka merupakan Kuih Tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Kalau sebut tentang kuih, mesti teringat kuih ini. Jom kita cuba buat resipi ini!
Bahan bahan:
Bahan yang diperlukan untuk lapisan bawah:
2 ½ cwn santan cair
2cwn Beras Pulut (dibasuh dan direndam selama 1jam)
½ sudu kecil garam
Bahan yang diperlukan untuk lapisan atas pula :
2cwn santan pekat
½ cwn air pandan
1sudu kecil Pewarna Hijau
½ cawan gula pasir
½ cwn tepung gandum
2sudu besar tepung kastard
1biji telur
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1. Untuk menyediakan lapisan bawah: Mula-mula kukus beras pulut sehingga separuh masak lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair yang telah di campur dengan sedikit garam.
2. Tuang ke dalam loyang dan kukus lagi sehingga santan kering lebih kurang 3 minit.
3. Setelah itu tekan pulut yang sudah dimasak tadi supaya padat dan cantik. Ketepikan dahulu.
4. Untuk menyediakan lapisan atas: Mula-mula masukkan santan, air pandan, pewarna hijau, gula pasir, tepung gandum, tepung kastard, telur dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata. Tapiskan adunan dan tuang perlahan-lahan ke atas pulut tadi.
5. Selepas itu, kukus selama 30minit di dalam periuk pengukus. Sekiranya permukaannya agak basah atau air bertakung lapkan dengan tisu dengan cara melekatkannya di atas kuih seri muka dan angkat kembali, air akan menyerap pada tisu tersebut.
6. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan kuih seri muka sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.my/