Antara kuih legend yang digemari ramai. Kuih ini pula banyak nama nya, ada yang panggil Kuih Deram, Kuih Peneram, atau Kuih Telinga Keling. Biasa kita beli di luar je kan?
Kali ini jom belajar buat sendiri di rumah daripada seorang pengguna Facebook ini. Dah namanya Homemade, anda kena pastikan adunan tepung itu tidak disimpan lama tau, takut jadi masam nanti. Buat je banyak-banyak, boleh buat jualan terus, hehe.Â
Terima kasih Sal Nizam untuk perkongsian resipi Kuih Deram/ Kuih Telinga Keling ini 🙂
Bahan-bahan:
10 pot beras cap bunga raya
Caranya:
- Beras direndam selama 4 ke 5 jam.
- Apabila dah rendam, toskan airnya dalam 2 ke 3 jam.
- Selepas itu, kisarkan untuk dijadikan tepung. Sambil kisar sambil ayak ambik yang betul-betul halus macam tepung beras tu.
Bahan untuk Gula:
1 kilo gula putih
1 kilo gula merah (nak kuih cantik, cari gula yang warnanya kehitaman)
1 cawan air
Cara membuat:
- Semua bahan masak sampai gula betul-betul hancur dan likat.
- Selepas itu, curah atas tepung tadi dan kacau sampai sebati. Kalau macam cair sangat, tambah tepung gandum cap Lily sesenduk.
- Perapkan semalaman esok dan baru boleh goreng.
*Apabila sudah siap tepung, tak boleh simpan lama tau. Terus kena masak air gula, kalau tak nanti tepungnya masam.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Sal Nizam (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos