fbpx

Kuih Pau Inti Kelapa. Lebih Harum Bila Dilapik Dengan Daun Pisang. Jangan Terlebih Kukus, Nanti Berkedut

iCookAsia

Kuih Pau Inti Kelapa memang cukup enak, lebih-lebih lagi jika adunannya cukup gebu dan lembut. Malah penggunaan daun pisang sebagai pelapik ketika dikukus menambahkan lagi aroma.

Terima kasih Siti Hadirah atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

1 cawan Air suam

1/2 pek Mauripan

2 sb Gula pasir

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan dan biarkan sehingga kembang dan berbuih.

 

Bahan :

3 sb Minyak masak

1 sk Garam

3 ½ cawan Tepung gandum – jika lembik boleh tambah tepung sedikit

1 sk Baking powder

1 sk Softener

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Kemudian tuang bancuhan yis ke dalam adunan tadi dan uli sehingga doh menjadi licin.
  3. Masukkan inti dan bulatkan adunan. Rehatkan adunan dalam 20 minit atau sehingga kembang.
  4. Panaskan kukusan dan pastikan air betul-betul mendidih sebelum masukkan pau.
  5. Kukus selama 7 minit sahaja. Jangan terlebih kerana pau akan jadi berkedut.

Kredit resipi & foto : Siti Hadirah

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x