fbpx

Kuih Lapis, Resipi Paling Mudah Untuk Diikuti. Hasilnya Kuah Jadi Wangi Dan Sedap.

iCookAsia

Resipi Kuih Lapis yang dikongsikan Munasnainu Mustapha ini merupakan resipi yang sama digunakan untuk dibuat jualan. Caranya cukup mudah dan hasilnya kuih lapis berbau harum dan cukup enak untuk dimakan.

 

Bahan :

2 cawan Tepung beras

1/2 cawan Tepung gandum

1/2 cawan Tepung jagung

1 cawan Santan kotak kecil

3 cawan Air masak

1 cawan Gula

1 sk Garam

 

Cara :

  1. Kisar semua bahan dan bahagikan kepada dua bahagian.
  2. Satu bahagian dibiarkan putih manakala satu lagi bahagian diletakkan pewarna.
  3. Oleskan loyang dengan minyak supaya kuih mudah untuk dikeluarkan.
  4. Kukus selapis demi selapis selama 7 minit manakala lapisan terakhir dikukus selama 20 minit.
  5. Oleskan pisau dengan minyak supaya mudah untuk dipotong.

Kredit resipi & foto : Munasnainu Mustapha & Aezween

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x