fbpx

Kuih Donat

iCookAsia

DONAT 

Bahan yang diperlukan:

1)Tepung gandum  ( 500 gm)

2) yis (2 sudu kecil )

3) gula ( 1 sudu besar )

4) garam ( 1 sudu kecil )

5) susu pekat ( 2 sudu besar )

6)Mentega ( 2 sudu besar )

7) air suam  (1 cawan)

8) gula kastor secukupnya

9)susu tepung (2 sudu besar)

Caranya:

1) Mula-mula masukkan gula, susu pekat, air suam dan  garam ke dalam mangkuk. Kacau rata dan ketepikan dahulu

2) Di dalam bekas yang berbeza, masukkan tepung bersama yis, susu tepung, mentega dan campuran gula, susu, air suam dan garam tadi. Kacau rata dan uli sehingga menjadi doh  yang tidak  melekat di tangan

4) Kemudian tutup doh dengan tuala lembab, biarkan ia kembang dan naik hingga tiga kali ganda

5) Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan canai nipis, terap doh dengan menggunakan acuan donat dan goreng  di dalam minyak panas sehingga berwarna kekuningan keemasan.

6) Akhir sekali salut donat dengan gula castor dan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x