Kuih Bingka Ubi ini tidak lah popular sangat. Tapi sebenarnya sangat sedap. Cara nak buat pun sangat mudah. Kalau sekali anda dah berjaya buat, pasti rasa nak ulang-ulang buat. Lagi puas, bila kita buat dan hidangan untuk sarapan pagi di rumah. Tak perlu dah nak cari di luar kan.
Terima kasih Ain Athirah untuk perkongsian resipi Bingka Ubi ini 🙂
Resipi bingka ubi (loyang 8 inci)
Bahan-bahan:
4 cawan ubi yang disagat
2 cawan santan
1 cawan gula (saya nak kurang manis, 3/4 cawan saja)
1/2 sudu kecil garam
Pewarna kuning
*”Ubi tu memang saya tak perah”
Cara membuat:
- Campur kesemua bahan di atas. Panaskan ketuhar dahulu pada suhu 200 C.
- Selepas adunan dah sebati, masukkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam, bergantung pada ketuhar masing-masing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ain Athirah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/