KUIH BINGKA
Bahan yang diperlukan:
1. 3 cawan tepung gandum
2. 1 ½ cawan gula
3. 400 ml santan pekat
4. 1 cawan air pandan yang dikisar dari 10 helai daun pandan
5. 4 biji telur
6. Sedikit garam & marjerin
Cara membuatnya:
1. Mula-mula masukkan tepung gandum, gula, santan, air pandan, telur dan garam ke dalam mesin pengisar. Kisar sebati sehingga tiada ketulan tepung.
2. Kemudian sapukan loyang dengan marjerin dan tuang adunan ke dalam loyang.
3. Tutup loyang dan bakar di atas dapur dengan api perlahan selama 30-40 minit atau sehingga bahagian tepi adunan kelihatan garing.
4. Padam api dan biarkan seketika sebelum di potong. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!