Bahan-bahan yang diperlukan:
400 gram tepung beras pulut
500 gram gula
250 ml air
Daun pisang
Cara membuatnya:
- Mula-mula masukkan tepung beras bersama air di dalam mangkuk dan gaul perlahan-lahan menggunakan tangan sehingga sebati. Kemudian masukkan gula dan ramas sehingga gula cair dan sebati bersama adunan lebih kurang 30 minit.
- Selepas itu, kukus daun pisang sehingga lembut. Potong bahagian hujungnya dan dibelah dua. Lapiskan 3 hingga 4 helai daun pisang dan potong sedikit di bahagian atasnya dengan jarak lebih kurang 5 inci. Kemudian lapiskan ke dalam mangkuk acuan plastik berbentuk bulat. Setelah itu, tuangkan adunan yang telah sebati ke dalamnya dan kukus selama 10-12 jam.
- Kuih bakul sedia untuk dihidang.