Kuih Bakar Pandan ini antara kuih yang apabila sudah siap dimasak, memang bau betul betul wangi. Ditambah pula pada atas kuih bakar itu yang cukup masak dan rasa crunchy yang ditambah dengan bijan. Wah, Admin pula terliur! Jom buat?
Terima kasih Sue Larins untuk perkongsian resipi Kuih Bakar Pandan Mini ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan tpg gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandanÂ
2 1/4 cawan santan
2 sudu besar mentega
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan
Cara membuat:
- Blend semuanya sehingga sebati. Letakkan sedikit pewarna hijau. Kemudian tapis adunan.
- Panaskan trio maker. Masukkan adunan ke dlm trio yang telah disapu minyak terlebih dahulu.
- Tabur bijan ke atas adunan. Bakar hingga garing.
*1 adunan boleh dapat 44 biji kuih.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Sue Larins (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/