Tak salah sesekali mencuba resipi baru kan? Selalunya kuih bakar popular dengan perisa pandan, kali ini Faizah Md Zain berkongsi resipi kuih bakar durian. Harum mewangi satu rumah bau durian. Cubalah.
Bahan :
2 cawan Tepung gandum
1 cawan Santan pekat
2 cawan Air putih
1 cawan Isi durian
1 1/2 cawan Gula pasir
3 biji Telur
Sedikit garam
Sedikit minyak
Bijan
Sedikit pewarna kuning telur
Cara :
- Kisar semua bahan kecuali bijan, isi durian dan minyak.
- Kemudian keluarkan bahan yang dikisar dan masukkan isi durian dan gaul rata. Masukkan dalam jug supaya senang untuk dituang dalam acuan.
- Teknik yang digunakan untuk memasak kuih bakar durian ini ialah bakar daripada atas dapur dan masukkan ke dalam ketuhar.
- Panaskan acuan di atas dapur dan masukkan sedikit minyak. Selepas panas, masukkan bijan dan tuang adunan. Kemudian pindahkan ke dalam ketuhar.
- Bakar pada suhu 120c selama 40 minit menggunakan api atas bawah.
- Selepas masak, kuih akan nampak sedikit lembik namun tak mengapa. Tunggu sejuk, baru keluarkan dan potong.
Kredit resipi & foto : Faizah Md Zain
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/