Bagi anda yang suka lepak di Kopitiam, pasti anda rindukan suasana melepak di sana sambil menghirup Kuey Teow Sup. Sekarang boleh lah anda cuba buat sendiri, dapat juga lepaskan rindu kan.
Terima kasih Cik Puan Zee untuk perkongsian resipi Kuey Teow Sup ini 🙂
Bahan-bahan:
2 Labu Bawang Putih (dicincang)
1 Cawan Minyak Masak
3 ketul Dada Ayam
2 Kuib Pati Ayam
Kek Ikan
Bebola Ikan
Minyak Bijan
Air untuk merebus
Garam
Kuey Teow (dicuci sekejap dgn air panas)
Sawi Pak Choy (di rebus)
Cili Padi (di potong)
Kicap Manis/Masin
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga keperangan. Ketepikan.
- Kuey teow dicuci dan dibilas dengan air panas untuk membuang minyak yang melekat.
- Masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Renehkan sehingga ayam masak. Angkat ayam sahaja dan ketepikan. Masukkan kek ikan, bebola ikan dan kiub pati ayam ke dalam periuk tadi. Titiskan minyak bijan. Perasakan dengan garam & biarkan sehingga mendidih. Siap!
- Sementara itu ayam yang direbus tadi di carik carik.
- Cili potong + kicap sebagai penambah rasa & selera.
- Minyak bawang putih.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Cik Puan Zee
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos