Bahan-bahan: (Hidangan untuk 4 orang)
1 paket kuey teow
200 gm udang
200 gm isi kerang
150 gm taugeh
100 gm kuchai
1 sudu besar cili giling
1 biji telur
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih (dicincang)
Sedikit minyak untuk menumis
Cara membuat:
1. Mula-mula tumis bawang putih sehingga garing bersama sedikit minyak.
2. Kemudian masukan udang, kacau seketika hingga masak.
3. Selepas itu masukan telur, kacau, dan tambah sos tiram, pes cili, kicap cair & kicap pekat.
4. Seterusnya masukan kuew teow, daun kuchai, taugeh & isi kerang, kacau sebati.