Pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad berkongsi petua menguatkan imunisasi badan dengan Air Siraman hasil gabungan beberapa ulam-ulaman dan herba masakan di dapur. Ilmu bermanfaat ini diulangsiar kembali Juli Deri di laman sosial miliknya.
Antara kebaikan mengamalkan Air Siraman ini ialah untuk mengekalkan kecergasan diri dan menguatkan imunisasi badan.
Bahan :
2 inci Halia (dihiris)
2 inci Kunyit Hidup (dihiris)
2 inci Lengkuas (dihiris)
3 batang Serai (dihiris)
3 batang Kulit Kayu Manis
1 sk Ketumbar
10 biji Buah Pelaga
4 biji Bunga Lawang
10 biji Bunga Cengkih
Cara :
- Semua bahan direneh sehingga mendidih. Biarkan penutup terbuka suku periuk.
- Letakkan 700ml air dan reneh sehingga air tinggal 500ml sahaja.
- Air siraman boleh diminum berulang kali. Tambah air sehingga ramuan hilang rasa.
- Minum satu gelas setiap kali dan boleh diamalkan secara harian.
Kredit resipi & foto : Prof Muhaya & Juli Deri
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/