fbpx

Khasiat Serai Dan Halia Yang Semua Perlu Tahu, Bagus Untuk Kurus

iCookAsia

Bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan sangatlah digalakkan untuk mencuba tips ini. Ianya sangat membantu dan bukan itu sahaja, banyak khasiat serai dan halia yang perlu diwar-warkan kepada semua.

Jom kita try.

Terima kasih Zana Mokhtar untuk perkongsian manfaat Serai Halia ini 🙂

Cara-cara:

  1.   Pertama sekali, halia dan serai haruslah diketuk dan direbus terlebih dahulu.
  2.   kemudian, masak dalam api perlahan dan biarkan sampai air bertukar menjadi seperti tea.

Anda semua boleh amalkan setiap pagi dan malam tau. Bukan itu sahaja, pastikan untuk konsisten supaya dapat melihat hasil yang memuaskan hati.

Khasiat-khasiat:

  1. Pertama sekali, ianya membantu untuk perut kita. Bagaimana? Serai ini dapat mengatasi masalah pencernaan, berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan. Pastikan untuk mengamalkan supaya jadi kempis
  2. Seterusnya, tekanan darah. Ianya mampu untuk mengurangkan tekanan darah serta meransang perjalanan peredaran darah. Ambil setiap hari sebab ia sangat membantu untuk hipertensi.
  3. Kemudian, untuk detoksifikasi. Serai ini adalah agen detoks. Serai ini bertindak dapat melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.
  4. Akhir sekali, membantu meningkatkan metabolisme. Halia ini dapat meningkatkan kadar metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra sehingga 20% untuk mengolahnya. Khasiat selain itu, ia meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.

Semoga bermanfaat untuk anda semua! 😉

Kredit manfaat dan gambar: Zana Mokhtar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x