fbpx

Ketam Masak Cili

iCookAsia

Selalu asal beli ketam je mesti masak lemak cili api. Apa kata buat Ketam masak Cili pula😋

Bahan-bahan (Hidangan untuk 4 orang)

2 ekor ketam yang telah dibersihkan
3 sudu besar sos sili
1 sudu besar sos tomato
2 biji telur yang dipukul
2 tangkai cili merah(dicincang)
5 ulas bawang kecil(dicincang)
3 ulas bawang putih(dicincang)
3 inci halia(dicincang)
3 cawan minyak masak
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

1.Mula-mula gaul ketam dgn garam

2.Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ketam sehingga masak dan diketepikan.

3.Kemudian panaskan sedikit minyak untuk menumis. Masukan bahan yang telah dicincang bersama sos cili dan sos tomato. Gaul seketika sehingga kelihatan sedikit garing.

4.Masukkan garam, gula dan ketam. Gaul sebentar dan masukan telur.

5.Kacau sebati sehingga masak

6. Ketam cili ala cina sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
#iCookAsia #ketamcili
—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.com or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x