KETAM GORENG TIGA RASA
Bahan-bahan:4 ekor ketam, dibelah 24-5 sudu besar ADABI Tepung Goreng Serbaguna 1 labu bawang besar, didadu 1cm½ cawan ADABI Seafood Flavoured Sauce 2 sudu besar ADABI sos tomato2 sudu besar ADABI sos cili125 ml air¼ biji nanas}½ biji cili benggala hijau} didadu 1cm½ biji cili benggala merah}½ biji cili benggala kuning}Garam, gula secukupnyaMinyak untuk menggoreng
Bahan kisar4 biji bawang merah3 ulas bawang putih4 biji cili merah1 sudu besar pes cili2 cm lengkuas
Cara membuat:
-
Potong cili benggala hijau, cili benggala merah, cili benggala kuning, nanas dan bawang besar.
-
Potong bawang merah, bawang putih, cili merah dan lengkuas.
-
Kisar semua bahan kisar sehingga halus.
-
Perap ketam dengan Tepung Goreng Serbaguna selama 10 minit.
-
Goreng di dalam minyak panas sehingga masak. Angkat.
-
Panaskan 3 sudu besar minyak.
-
Tumis bawang besar dan bahan kisar.
-
Apabila terbit minyak, masukkan Seafood Flavoured Sauce, sos tomato, sos cili, air, gula dan garam.
-
Kacau rata dan tambah nanas, cili benggala hijau, merah dan kuning.
-
Masak sehingga mendidih kemudian masukkan ketam dan gaul rata.