Lepas makan malam, kita layan ini pula. Kalau orang Kelantan panggil colek, resepinya pun senang sahaja nak buat. Sekali sekala kita tukar selera.
Terima kasih Liza Idris untuk perkongsian resipi Kerang Rebus Thai ini 🙂
Bahan-bahan:
1 kg kerang
5 ulas bawang putih
1 biji cili merah
3 biji cili api (guna sikit je cili sebab kalau pedas sangat anak-anak tak boleh makan.)
1 biji tomato
Sedikit daun ketumbar dan limau purut
Untuk sos:
2 sudu sos tiram
2 sudu oren sunquick
2 sudu sos ikan
Setengah cawan air
Cara membuat:
- Rebus sekejap kerang, angkat dan curahkan air sejuk supaya isi kerang tak kecut. Kemudian kopek dan buang sebelah kulit je.
- Tumbuk kasar bawang putih dan cili. Kalau nak pedas lagi, lebihkan cili padi.
- Hiris dadu tomato. Hiris halus daun ketumbar dan daun limau purut.
- Panaskan kuali, letak air setengah cawan. Boleh lebihkan air jika suka kuah meriah. Biar didih dan masuk semua bahan sos. Kacau rata.
- Bila kuah dah likat, masuk bahan yang dikisar kering. Kacau hingga sebati.
- Kemudian perasakan dengan gula, garam atau serbuk perasa ikut citarasa.
- Masuk pula tomato dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan tutup api.
- Curahkan pada kerang.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Liza Idris(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos