fbpx

Kerabu Kerang Pucuk Paku Dan Taugeh Utara Style. Guna Gula Thai Untuk Lemak Manis

iCookAsia

Sebut fasal kerabu, ada macam-macam jenis, bergantung kepada negeri masing-masing. Kalau belah utara, kenalah ada kerisik, barulah ngam.

“Akak buat lagi…hehe..dulu buat jual..skrg tklarat dh nk buat byk2..faktor umur kot..kiki..ni akk share lg cara akk buat kerabu..akk org baling kedah..buat kerabu utara stail..sedap sgt bg akk..basah2 berlemak santan pekat..kerisik..serai lengkuas..masam2 pedas..yummy

Kerabu kerang pucuk paku n tauge

Bahan :
1 mangkuk kerang direbus..kopek dan ambil isi
Seikat pucu paku (celur dan tos)
3 genggam tauge (celur dan tos)
1 biji bawang besar dihiris nipis
4 sudu santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu air limau nipis
Garam secukupnya
Gula Thai – rasa lemak manis.

Bahan kisar / tumbuk :
3 batang serai
½ inci lengkuas
5-8 biji Cili api
1 inci Belacan
*kisar gunakan sedikit sahaja air supaya kerabu tidak berair

Cara :
1.Mula tuang bahan kisar ke dalam besen.
2.Selepas itu, masukkan kerisik, bawang besar, air limau nipis, santan, garam dan gula. Gaul sebati.
3.Kemudian masukkan isi kerang, pucuk paku dan taugeh. Perasakan sehingga sempurna rasanya. Yang penting gabungan rasa pedas, masam, masin, manis, lemak santan dan kerisik serai lengkuas bersatu dan berpaut dengan mesra.

Sumber : Nor Haida

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x