Kerabu Bayam Brazil ini mudah disediakan dan cukup membuka selera. Adunan bersama mangga muda dan ikan bilis garing memang boleh buat kecur liur.
Selain dibuat kerabu, bermacam-macam lagi menu yang boleh dibuat antaranya goreng celup tepung, masak belacan dan masak lemak. Tapi kerabu bayam brazil ni wajib dicuba tau. Sedapnya memang susah nak lupa.
Bahan :
Bayam Brazil – basuh
Mangga Muda – hiris panjang
Cili Padi – hiris
Bawang Merah – hiris nipis
Gula – ikut rasa
Jus Limau Nipis
Asam Boi – hiris atau sagat. Biji dibuang
Kerisik
Ikan bilis – goreng garing
Bunga kantan – hiris nipis
Cara :
- Hiris mangga muda, cili padi, bawang merah dan bunga kantan.
- Bayam brazil tidak perlu dicelur. Hanya basuh dan adunkan bersama bahan-bahan lain.
- Akhir sekali taburkan ikan bilis.
Kredit resipi & foto : Nabila Humaira
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/