fbpx

Kentang Black Panther? Haa belum cuba belum tahu!

iCookAsia

Selain daripada Kentang Goreng, masakan apa lagi yang sedap dan berkhasiat untuk dihidangkan? Kena cuba Kentang Black Panther ini, yang dikongsikan oleh seorang wanita di Facebook. Nampak simple tapi belum cuba belum tahu.

Jom try.

Terima kasih Yasmin Dayanti Fami untuk perkongsian resipi Kentang Black Panther ini 🙂

Bahan- bahan:
4 biji kentang potong 4 (Direbus)

Bahan Untuk Kisar:
2 sudu udang kering
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih

Bahan:
Lada hitam (Ditumbuk kasar)
2 biji telur
Daun kucai
Kicap
Minyak
Garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak dan masukkan kesemua bahan yang dikisar.
  2. Jika sudah agak masak, masukkan telur dan kacau sebati bersama bahan yang dikisar tersebut.
  3. Kemudian, masukkan kentang, lada hitam, kicap dan sedikit garam.
  4. Dah sebati and kena dengan selera masing-masing,matikan api dan masukkan daun kucai yang sudah dipotong.
  5. Akhir sekali, angkat dan hidang. Nak ratah makan itu sahaja pun boleh atau lagi sedap makan bersama nasi. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yasmin Dayanti Fami(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x