fbpx

Kenikmatan Tak Terhingga: Puding Roti

iCookAsia

Bahan-bahan
– 10 keping roti
– 3 cawan susu rendah lemak
– 4 biji telur
– 4 sudu besar gula
– 1 sudu kecil esen vanila
– 4 sudu besar kismis
– Marjering

* Bahan untuk Kuah Kastard
– 2 cawan susu rendah lemak
– 2 sudu besar gula
– 1 sudu kecil esen vanila
– 2 sudu besar tepung kastard

Cara Membuat
1. Mula-mula sapu rata marjerin ke atas loyang.
2. Kemudian, masukkan roti yang dicarik kasar berselang seli dengan kismis, ketepikan sebentar
3. Masukkan susu, gula, esen vanila dan telur ke dalam mangkuk. Kacau sebati
4. Selepas itu, tuang ke dalam loyang yang berisi roti dan kismis.
5. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar puding selama 30 minit.
6. Sementara itu, untuk kuah kastard, masukkan susu, gula, esen vanila dan tepung kastard ke dalam periuk, kacau rata dan kacau sehingga sedikit pekat
7. Kemudian boleh dihidang bersama puding roti yang dibakar tadi
8. Selamat Mencuba!

—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: hello@icookasia.my or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: https://icookasia.my
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x