Cili kering ini merupakan bahan yang agak penting dalam setiap masakan. Nak buat sambal, nak bagi warna merah cili, sudah pasti kita kisar cili kering ini dan jadilah ia Cili Kisar. Setuju?
Namun, tahukah anda Cili Kering ini mempunya jenis-jenisnya tersendiri. Dan setiap jenis itu memainkan peranan pada tahap kepedasannya pada masakan. Kalau anda guna pada tahap yang tinggi, ditambahnya gula dalam masakan, memang tidak hilang pedas menyengat tu. Jadi, pilih baik-baik lepas ni di pasar tau!
Terima kasih No Or untuk perkongsian Jenis-Jenis Cili Kering ini 🙂
Jenis-jenis Cili Kering:
- Kurang pedas:
Mungkin anda pun pernah jumpa. Cili ini jenis cili kering yang pendek, berkilat tapi sedikit ‘gemuk’ dan bulat.
Cili kering jenis ini biasanya kurang pedas. Tapi mungkin Cili kering jenis ini agak susah sikit nak cari di pasaran sebab harga die yang agak mahal. Biasanya lebih banyak di kawasan sebelah Pantai Timur, popular digunakan dalam sambal Nasi Lemak.
- Pedas biasa:
Jenis cili kering ni, jenis yang panjang dan berkedut. Nampak kering dan warnanya sikit kusam.
Bagi yang tak berapa makan pedas, inilah cili yang paling sesuai untuk korang guna dalam masakan.
- Super Pedas:
Jenis yang satu ini pula, kalau anda pernah perasan ada cili kering yang panjang tapi dia licin dan berkilat. Cili jenis ini juga, punyalah banyak biji. Warna cili ini merah pekat. Ada juga yang pendek tapi still licin dan berkilat rupanya. Kalau nak tau, cili ni la jenis yang paling pedas dan mantap. Haaa, jangan ambil cili ini kalau korang tak makan pedas okay!
Berguna tak fakta ni? Semoga bermanfaat! 😉
Kredit informasi/tips dan gambar: No Or (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/