fbpx

Kek Sarang Semut Guna Rice Cooker. Versi Tak Perlu Pakai Oven Dan Mixer.

iCookAsia

Kek Sarang Semut ini agak tricky cara membuatnya, kalau tiada sarang dan lubang kecil sewaktu memotong kek, alamat gagallah Sarang Semut.

Sebenarnya jika mengikut langkah demi langkah yang dikongsikan, mudah sahaja dan gerenti jadi. Dan tips penting, untuk mendapatkan sarang, tidak perlu kacau adunan menggunakan mixer, cukup hanya menggunakan whisk.

Resipi perkongsian Nurazah Hamidon ini menggunakan rice cooker untuk memasak. Dan tidak perlu mixer.

 

Bahan :

1 cawan Gula

1 cawan Air

1/2 cawan Mentega

4 biji Telur

1/2 cawan Susu pekat manis

1 cawan Tepung gandum

1 sb Soda bikarbonat

 

Cara :

  1. Masak gula di atas pan sehingga keperangan, kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati. Berhati-hati waktu membuat langkah ini kerana gula akan memercik.
  2. Selepas sebati, masukkan mentega dan kacau sehingga sebati. Boleh juga menggunakan butter. Tutup api.
  3. Dalam bekas lain, kisar telur bersama susu pekat manis.
  4. Kemudian masukkan tepung dan soda bikarbonat.
  5. Masukkan campuran gula perang yang sudah suam ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
  6. Rehatkan bancuhan selama satu hingga dua jam.
  7. Tapis adunan tadi dan tuangkan ke dalam acuan yang sudah dioleh dengan mentega.
  8. Boleh bakar atau kukus. Apabila sudah naik bau, cucuk dengan lidi atau garfu. Jika tidak melekat, bermakna kek sudah masak.

Kredit resipi & foto : Nurazah Hamidon

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x