fbpx

Kek Pisang Marble Paling Senang Nak Buat. Pejam Mata Pun Boleh Siap. Kisar Dan Terus Bakar.

iCookAsia

Kek pisang marble ini antara kek yang paling mudah untuk dibuat di rumah. Bahan-bahan tidak perlu diadun mengikut langkah demi langkah, sebaliknya dicampurkan semua dan terus dikisar. Selepas kisar terus dibakar. Mudah kan?

 

Bahan :

2 cwn Tepung gandum – ayak

1 sudu kecik Soda – ayak

1 sudu kecik Baking powder – ayak

1 cwn Minyak

3/4 cwn Gula perang/putih (saya gunakan nisan)

3 biji Telur

4 biji Pisang berangan

Esen vanilla/esen pisang

 

Cara :

  1. Kisar semua bahan kecuali tepung, kemudian masukkan ke dalam bahan ayak.
  2. Kaup balik dan sedia untuk dibakar.
  3. Untuk membuat marble, asingkan sedikit adunan dan letakkan emulco coklat dan lorekkan di atas kek.
  4. Bakar pada suhu 160c  lebih kurang satu jam atau sehingga masak.

Kredit resipi & foto : Siti Faiza

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x