Kek pisang ni memang menjadi kegemaran ramai. Kalau biasa beli susah juga nak dapat yang lembap, biasa kering. Jadi jom kita buat sendiri. Puas hati.
Terima kasih Fieza Afieza untuk perkongsian resipi Kek Pisang Merelit ini 🙂
Bahan-bahan:
15 biji pisang kalau saiz kecil macam pisang lemak manis/ 10 biji kalau saiz pisang emas/ 5 biji kalau pisang besar
4 biji telur
1 cawan @ ¾ cawan gula perang
2 cawan tepung gandum
¾ cawan minyak
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Secubit garam
Cara memasak:
- Lenyekkan pisang dalam mangkuk adunan dan biarkan.
- Blend telur, minyak dan gula sampai betul-betul kembang. Campurkan ke dalam adunan pisang tadi.
- Ayak tepung, baking powder, dan soda bikarbonat terus ke dalam adunan tadi.
- Masukkan secubit garam dan gaul sebati.
- Biarkan 1 – 2 jam dahulu sebelum dibakar atau dikukus.
- Bakar pada sudu atas 150°c, bawah 180°c selama 50 minit. Dah masak biarkan dahulu selama 15 minit sebelum diterbalikkan keluar dari loyang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fieza Afieza (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos