fbpx

Kek Nestum Viral. Gabungkan Bersama Kacang Pecan Sebagai Topping, Memang Confirm Dapat Rasa Yang Enak.

iCookAsia

Nestum ini memang terkenal dengan keenakkan air oat. Sesuai dibuat minum pada waktu pagi. Boleh bagi kenyang perut juga kan?

 

Tetapi pernah kah anda terfikir untuk gunakan nestum ini kedalam pembuatan kek? Seperti seorang pengguna Facebook ini, yang berkongsikan resipi kek nestum. Rupa memang biasa sahaja, tapi rasa mesti enak! Jom cuba.

Terima kasih Muhammad Zakwan untuk perkongsian resipi Kek Nestum Viral ini 🙂

Bahan-bahan:

200g majerin dalam secawan (tengok cawan juga, nak tepat pakai timbang)

150g gula perang (dalam 1 cawan lebih)

Sedikit esen vanila

50g nestum original atau 2 paket seperti di dalam gambar

3 sudu besar susu pekat

160g tepung naik sendiri (dalam 1 1/2 cawan)

5 biji telur

Kacang pecan atau suka hati nak letak topping apa

Cara membuat:
1. Marjerin dengan gula perang di mix dulu sehingga kembang sebati.
2. Masukkan susu pekat dan mix sebati.
3. Masukkan satu-satu telur.

4. Perlahan kan mixer dan masukkan tepung tadi.
5. Masukkan nestum tadi tu.
6. Lapik loyang menggunakan baking paper.

7. Tuang adunan dan tabur kacang.
8. Bakar pada suhu 170-170 masa selama 45-55 minit api atas bawah.


9. Apabila sudah siap, keluarkan dari oven dan terbalik kan pada board.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Muhammad Zakwan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x