fbpx

Kek Lapis Asam Manis

iCookAsia

KEK LAPIS ASAM MANIS

Bahan yang diperlukan : 

10 biji telur 

200gm tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)

100gm tepung gandum (diayak)

450gm Butter

1 sudu besar ovallete

1sudu kecil esen vanilla

150gm gula kastor 

300gm susu pekat manis

Syiling asam manis secukupnya

Cara membuatnya :

  1. Mula-mula masukkan telur, gula, esen vanilla dan ovallete ke dalam mangkuk, pukul sehingga kembang. Ketepikan dahulu

  2. Di dalam alam bekas yang lain,campurkan mentega bersama susu pekat manis, pukul sehingga putih berkrim.ketepikan dahulu

  3. Kemudian campurkan tepung biskut marie bersama tepung gandum. Kacau sebati dan masukkan ke dalam adunan telur tadi sedikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga adunan sebati. 

  4. Setelah itu, masukkan pula adunan mentega dan susu yang telah dipukul tadi. Pukul lagi sehingga kembang dan sebati

  5. Selepas itu, letakkan sedikit adunan ke dalam loyang lebih kurang 7 sudu besar dan bakar di dalam ketuhar menggunakan suhu 140C selama 5-7  minit. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama. 

  6. Setelah itu, keluarkan dan tekan menggunakan penekan besi, kemudian cucuk adunan menggunakan garfu supaya ia melekat dengan lapisan yang seterusnya. Letakkan adunan tepung selapis lagi dan susun syiling asam manis di atasnya. Bakar lagi di dalam ketuhar.

  7. Bakar selapis demi selapis sehingga habis semua adunan.

  8. Untuk lapisan terakhir, bakar selama 10 minit

  9. Kek lapis masam manis sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x