Dengan teknik mengukus ini, memang sudah tentu makanan akan menjadi lembut. Selalu dibuat kek. Tak susah pun, dan tak perlu risau overbaked atau hangit. Seperti perkongsian resipi daripada pengguna Instagram ini, Kek Kukus dibuat corak atau warna Tembikai. Kreatif kan? Jom cuba!
Terima kasih umikitchen88 untuk perkongsian resipi Kek Tembikai Kukus ini 🙂
Bahan-bahan:
3 biji telur gred A
1 cawan gula
Esen vanilla
1 sb ovalette
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
150 ml susu cair
100 ml minyak
Pewarna
Coklat cip
Cara penyedian: (rujuk video)
- Lapisan hijau dan putih kukus selama 10 minit.
- Lapisan merah 25 minit bergantung pada ketebalan kek masing-masing.
- Tak nak manis boleh kurang gula kepada 3/4 cawan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: umikitchen88 (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/