Bak kata pemilik resipi, resipi ini cukup mudah namun jika tak kena gaya, memang tak menjadi kek ini, semut tak jumpa tempat nak bersarang. Malah teksturnya juga harus kenyal, bukan seperti kek span.
Malah cara memotong kek juga berbeza, kek harus dipotong secara melintang untuk mendapatkan sarang yang cantik dan berongga.
“Resepinya mudah ajerrr…cuma kalau tak kena cara…sarang semutnya entah ke mana😂😂😂…antara tanda-tanda ‘kejayaan’ & rs mcm nk lompat bintang dlm membuat kek ini ialah…apb dipotong ianya bersarang & dr segi teksturnya ia berenjut/kenyal.”
https://www.facebook.com/khairul.hasrol/videos/pcb.3240368282953132/10221609720129593/?type=3&theater&ifg=1
Bahan :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1/2 cawan butter/marjerin (saya pakai butter)
4 biji telur (saya pakai gred B)
1/2 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat (ayak bersama tepung)
Cara :
1. Masak gula sehingga keperangan tetapi jangan sampai hangus.
2. Kemudian masukkan air panas. Selepas itu masukkan butter dan kacau. Ketepikan dan sejukkan.
3. Dalam bekas yang lain, satukan telur, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau manja dan tak perlu terlebih pukul.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau manja.
5. Selepas itu masukkan gula hangus tadi. Perap adunan selama satu jam.
6. Bakar pada suhu 170-180 degree celcius selama 45 hingg 50 minit atau sehingga kek masak.
Tips :
1. Jangan ‘over’ bila kacau adunan (kacau-kacau manja sahaja)
2. Jangan lupa perap adunan (saya perap 1 jam)…saya tak berani nak derhaka pada resepi kali ni.
3. Bila potong kek, potong secara melintang. Barulah dapat sarang yang cantik. Semoga bermanfaat & selamat mencuba.
Sumber : Khairul Hasrol