Apabila disebut makanan manisan, mesti kebanyakkan antara kita akan terbayang coklat atau kek. Apa lagi kan? Haa.. lebih-lebih lagi kalau anda teringin coklat Cadbury. Kalau di gabung dengan kek mesti lagi sedap! Pergh, buat yang moist lagi sedap!
Terima kasih Azlina Ina Fans untuk perkongsian resipi Kek Coklat Moist Cadbury ini 🙂
Bahan-bahan:
(Bahan A)
5 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil emolco coklat
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
Caranya:
- Mix telur, gula, emolco coklat dan susu pekat hingga gebu.
- Kemudian, tambah kan minyak masak dan kisar lagi sekali.
Pada bowl lain atau besen:
(Bahan B – Diayak)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko (“resepi ni mmg rich rasa coklat ye”)
1 sudu kecil baking powder
Sedikit garam halus
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan air panas
Caranya:
- Ayak rata tuang bahan A ke dalam bahan B. Slow kan mix dan selang-selang dengan,air panas. Kacau rata
- Kukus selama 10 minit di dalam bekas sq250.
Bahan untuk ganache Chocolate:
1kg milk compound
600g cadbury bar (dihiris)
1 kotak whipping dairy
2 sudu besar butter /margarine
Cara membuat:
- Double boil atau masuk kan kedalam oven atau pengukus
- Selepas sudah tu whisk kan. Sudah nampak likat baru tuang ke atas kek tadi dan tabur coklat flakes atas kek.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Azlina Ina Fans (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/