fbpx

Kek Carrot Paling Mudah, Guna Sukatan Cawan Kopi Je.

iCookAsia

Selalunya orang akan keliru dengan sukatan untuk membuat kek kan? Ada yang tertanya-tanya bagaimana sukatan cawan? Cawan penuh atau perlu diratakan? Jadi untuk kali ini, kita cuba sukatan cawan kopi yang selalu dibuat minum di rumah.

 

Bahan :

3 biji Telur gred A

1 ½ cawan Gula perang

½ cawan Minyak masak

2 cawan Tepung gandum

1 biji setengah Lobak saiz sederhana – diparut

1 sk Soda bikarbonat

1 sk Baking powder

1 sk Esen vanila

 

Cara :

  1. Kisar telur, gula perang dan minyak masak sehingga sebati dan kental.
  2. Pindahkan ke dalam mangkuk besar dan masukkan dua cawan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Adunkan, kaup balik.
  3. Tambahkan esen vanilla.
  4. Akhir sekali masukkan parutran lobak tadi dan adun dengan lembut.
  5. Bakar pada suhu 160°c selama 40 minit menggunakan api atas bawah.

 

Cream cheese:

250 gm Tatura

Susu pekat (ikut suka nak manis atau tak)

1 sb Butter

 

Cara :

  1. Adunkan cream cheese dengan susu pekat dan butter sampai sebati dan kembang. Kemudian lepa di atas kek.

Sumber : Roslaily Roslan

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x