Jika dahulu, kek batik hanya menggunakan serbuk Milo dan susu pekat manis sebagai bahan utama. Namun rakyat Malaysia memang kreatif, ada sahaja pembaharuan yang dilakukan sehingga terjadilah Kek Batik Indulgence yang dipenuhi rasa cream cheese, ada yang gunakan cream cracker, malah ada yang lengkapkan dengan curahan ganache coklat.
Resipi perkongsian Nor Azliza Mohamed ini pula menambahkan sedikit serbuk kopi bagi menguatkan lagi rasa coklat dan rasanya tentulah lebih umphh.
Bahan :
2 paket / 600gm Biskut Marie – patahkan
200gm Butter
1 cwn Susu pekat
1 cwn Milo
1/2 cwn Serbuk Koko
1/2 cwn Air masak
1 sachet Nescafe 3in1 / 1 sk Nescafe
Cara :
- Masak butter sehingga cair menggunakan api kecil
- Kemudian masukkan susu pekat dan kacau rata.
- Masukkan pula serbuk Milo dan serbuk koko. Kacau laju untuk mengelakkan ia berketul.
- Selepas itu masukkan air dan gaul rata.
- Masukkan nescafe dan kacau. Akhir sekali baru masukkan biskut marie yang telah dipatahkan. Gaulkan sehingga coklat menyaluti biskut dan terus padamkan api.
- Masukkan adunan ke dalam loyang 9’ atau 10’ yang dialas plastik untuk mengelakkan kek melekat dan untuk memudahkan kek dikeluarkan.
- Tekan dan padatkan. Biarkan sejuk seketika dan masukkan ke dalam peti ais.
Bahan Ganache :
100g Dark compound
100g Milk compound
200ml Whipping cream
1 sb Butter
Cara :
- Cairkan semua bahan menggunakan kaedah double boil dan kacau sebati.
- Selepas siap, curahkan ganache ke atas kek batik tadi.
- Jika ada buih, hentakkan loyang supaya permukaan menjadi licin
- Simpan di dalam peti ais selama empat atau lima jam sebelum dipotong.
Kredit resipi & foto : Nor Azliza Mohamed
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/