fbpx

Kek Batik Indulgence Cadbury. Resepi Rahsia Ibu, Lain Macam Pergi Dia!

iCookAsia

Bukan sekadar kek batik, namun resepi yang dikongsikan kali ini cukup memukau pandangan mata. Gabungan cheese dan coklat Cadbury, satu letupan rasa dalam mulut yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Menurut Muhammad Ali, resepi Kek Batik Indulgence Cadbury adalah resepi ibunda tercinta yang buat santapan mereka sekeluarga.

Apa yang penting, kek batik ini tidak terlalu manis dan diberi jaminan tidak akan sakit gigi.

Resepi Kek Batik Indulgence Cadbury inspirasi daripada ibu Mr.Ali

Ada 3 lapisan

1- Kek batik
2- Cream Cheese
3- Toping Cadbury

1- Bahan-Bahan Kek Batik :

4 biji telur
200 g buttercup/marjerin
300 g biskut merry
3 sudu serbuk coklat bancuh dengan air panas
2 sudu gula
4 sudu susu pekat
Secubit garam

Cara :
Panaskan buttercup sampai cair, kemudian masukkan semua bahan kecuali biskut.
Masukkan telur sambil gaul sehingga pekat
Selepas itu, tutup api. Tunggu sejuk sedikit dan baru masukkan biskut supaya rasanya tetap rangup.
Gaulkan dan isi dalam bekas
Mampatkan. Dan letak di dalam peti sejuk selama 40 minit

2- Cheese cream
120 g whipping cream
Setengah sudu essen vanilla
250 g cream cheese

Cara:
Masukkan bahan-bahan di atas kecuali whiping cream.
Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream.
Tuang di atas kek batik tadi.
Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk kira-kira sejam

3- Toping Cadbury
120 g whiping cream
3 bar cadbury coklat
• Terpulang untuk gunakan bar coklat dan campurkan dalam 4 atau 5 kiub coklat Cadbury)

Cara :
Gunakan Teknik double boil semua bahan-bahan di atas
Kemudian tuang di atas cream cheese tadi
Tinggalkan semalaman atau selama 12 jam sebelum dinikmati.

Sumber : Muhammad Ali

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x