Kastard Labu, pencuci mulut yang cukup popular di Thailand dan keenakannya sukar digambarkan dengan kata-kata. Gabungan kastard dan rasa lemak santan yang dikukus di dalam labu boleh buat orang ketagih, sedapnya.
Terima kasih Naeamah Balqis atas perkongsian resipi.
Bahan :
1 biji Labu sederhana besar – buang biji
1 cawan Susu cair
5 biji Telur gred B
2 sb Tepung kastard
1 sk Esen vanilla
Susu pekat @ Gula – ikut manis yang disukai
Cara :
- Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
- Tapis dan masukkan ke dalam labu yang telah dibuang biji.
- Panaskan pengukus terlebih dahulu dalam 10 minit.
- Kemudian kukus labu selama satu jam 10 minit atau sehingga masak.
- Selepas siap, sejukkan terlebih dahulu dan baru dipotong.
Kredit resipi & foto : Naeamah Balqis
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/