Sekarang ini, ramai yang sudah kongsikan masakan kari yang tanpa menggunakan Santan. Terutamanya kari ayam dan juga daging. Wah, ramai dah cuba dan katanya lebih sedap!
Resipi kali ini, kita nak cuba tengok hasilnya Kari Ikan pula yang tanpa menggunakan Santan. Seperti perkongsian daripada seorang pengguna Facebook ini. Hm, belum cuba belum tahu kan?
Terima kasih Zainoor Aliza Ali untuk perkongsian resipi Kari Ikan Tanpa Santan ini 🙂
Bahan tumis:
Rempah campuran (jintan, halba, ketumbar, biji sawi)
Daun kari
Bawang putih
Bawang merah
Cili kisar
Ketumbar dan jintan (kisar halus 1 sudu besar)
Rempah kari (6 sudu besar)
Bahan lain:
Air
Ikan
Air asam jawa
Garam
Cili hijau
Buah tomato
Cara memasak:
- Tumis bahan-bahan untuk tumis. Bila dah agak garing, masukkan air. Biarkan mendidih.
- Bila dah mendidih, masukkan ikan. Reneh seketika.
- Masukkan garam,air asam jawa.
- Bila ikan dah betul-betul masak, masukkan cili hijau dan buah tomato.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zainoor Aliza Ali (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/