Masakan Kari ini menjadi antara masakan yang wajib tahu sebab senang sahaja cara memasaknya. Tetapi, pernah tak anda rasa bosan dan perlu kan kelainan dalam masakan anda?
Disini Admin kongsikan hidangan Kari Ikan Masala daripada seorang pengguna Facebook. Bahan-bahannya lebih kurang sama sahaja. Yang berlainan hanya pada garam masala dan juga cara memasaknya dimana digoreng terebih dahulu ikan sebelum memasak. Jom try masak.
Terima kasih Khadijah Jaafar untuk perkongsian resipi Kari Ikan Masala ini 🙂
Bahan-Bahan:
1 ekor ikan jenahak/ikan merah – saiz sederhana
1 biji bawang besar merah – dihiris
1 ulas bawang putih – dihiris
1 biji tomato – dipotong dadu kecil
2 tangkai daun kari
1 paket rempah kari
1 ½ sudu kecil garam masala
1 sudu besar serbuk cili
½ sudu kecil halba campuran
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ cawan air asam jawa
½ cawan santan
garam
Pes halia bawang putih (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara membuat:
1. Ambil sedikit pes halia bawang putih, dengan serbuk kunyit dan sedikit garam pada ikan. Kemudian, gorengkan ikan tadi sehingga sedikit masak, tak perlu lama pun.
2. Tumis bawang bersama dengan halba campuran dan daun kari dalam minyak yang sudah dipanaskan. Tumis sehingga bawang sedikit garing dan naik bau. Harum bau bila tumis ni.
3. Masukkan tomato. Tumiskan sekejap hingga nampak tomato agak lembik.
4. Bancuhkan rempah kari, garam masala dan serbuk cili dengan air. Kacau rempah hingga sebati.
5. Kemudian, masukkan rempah ke dalam kuali. Masukkan lebihan pes halia bawang putih. Kacau sehingga rempah sedikit masak.
6. Masukkan air. Sukatan air mengikut kepekatan yang kita suka.
7. Masukkan pula air asam jawa.
8. Masukkan ikan yang digoreng tadi. Jika, nak rasa sedikit berlemak boleh masukkan sedikit santan., suka lebih berlemak tambahkan lagi santan. Kalau tak nak letak santan pun boleh. Ikut pada selera masing-masing. Nak ganti yogurt pun boleh, mengikut selera anda. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan garam. Jika, suka ada sedikit manis boleh tambahkan gula.
Siap! Anda jangan lupa untuk try masak di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Khadijah Jaafar (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/