Untuk episod Try Masak kali ini, kita cuba masak resepi daripada seorang Facebook ini. Mengikut resepi asal, hanya Telur Sambal Cili Kering. Tetapi untuk membuatkan lebih special dan sedap, kita buat effect Telur Goyang. Sungguh enak dimakan bersama Nasi Putih panas-panas. Kalau anda dah tiada idea nak masak apa, jom la cuba resepi ini.
TELUR GOYANG SAMBAL CILI KERING (Inspired by @Wan LuQman)
Bahan-bahan:
4 biji telur
5 ulas Bawang putih
Lada kering secukupnya
Ikan bilis segenggam
Sos tiram dua sudu
4 biji Cili padi
Cara membuat:
1. Lada kering di potong dua dan goreng hingga garing. Jangan sampai hangit ye, nanti pahit pula.
2. Tumis bawang putih dan ikan bilis. Goreng hingga garing. Ketepikan dan biarkan sejuk sedikit.
3. Tumbuk bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Tumbuk tidak terlalu lumat dan tidak terlalu kasar.
4. Tumis 1-2 sudu besar sos tiram.
5. Kemudian, panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
6. Masukkan gula dan garam.
7. Pecah kan telur. Kemudian, tutup dengan penutup kuali lebih kurang 3-5 minit.
8. Hancurkan putih telur dahulu. Dan biarkan kuning telur cukup masak dan baru diangkat/dihidang.
Kredit resepi: Wan LuQman
Jom dapatkan barangan dapur di – https://shop.icookasia.my/