fbpx

Kalau Teringin Makan Bubur Lambuk, Cuba Cara Yang Paling Mudah Ni. Tapi Rasanya Sedap Sangat.

iCookAsia

Resipi Bubur Lambuk perkongsian Puan Asmahan ini sesuai bagi yang rindukan bubur lambuk di bulan Ramadan. Cara membuatnya juga mudah dan ringkas, namun rasanya tetap sedap dan win.

 

Bahan :

2 mug beras – rendam 20 minit

1/2 kg Daging – campur sekali yang berlemak

1 pek kecil Rempah sup

250ml Santan

3 sb Lada hitam

3 ulas Bawang merah

8 ulas Bawang putih

2 jari Halia

Kentang

Lobak merah

Daun sup

Bawang goreng

Cara :

  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia. Kemudian tumis sehingga agak garing.
  2. Kemudian masukkan rempah sup dan tumis sehingga rempah masak.
  3. Selepas itu masukkan daging dan gaul sebati. Terus masukkan beras yang telah direndam tadi. Goreng beras seketika dan masukkan air.
  4. Rebus beras sehingga nampak agak lembut.
  5. Masukkan santan dan perasakan dengan garam. Masukkan bersama serbuk lada hitam, kentang dan lobak merah.
  6. Apabila sayur sudah lembut, taburkan daun sup dan bawang goreng. Sesuaikan rasanya dan siap.
  7. Resipi ini boleh juga digandingkan dengan ayam dan udang.

Kredit resipi & foto : Jamal Dan Asmahan

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

 

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x