fbpx

Kalau Rasa Sup Tulang Mahal, Boleh Buat Sup Siam Isi Daging Ini. Sedap Sangat, Jiran Sebelah Pun Boleh Bau.

iCookAsia

Masakan Sup Siam ini memang tidak bukan lagi menjadi kegemaran orang Pantai Timur. Rasanya pun mesti lagi KAW nak dibandingkan dengan di KL atau Selangor. 

Tetapi jangan risau. Disini Admin kongsikan bagaimana nak dapatkan masakan Sup Siam Daging yang betul sedap. Yang memasaknya pun asal Terengganu. Haa, apa tunggu lagi. Jom masak!

Terima kasih Wan LuQman untuk perkongsian resipi Sup Siam ini 🙂

Bahan-bahan:

Daging

Batang Saderi

Ubi Kentang

Tomato

Cili Padi

1 Paket perencah sup siam

Bawang Putih

Lobak Merah

Cara memasak:

1. Rebus daging hingga empuk dahulu.


2. Tumis bawang putih, kentang, lobak merah dan batang Saderi. Tumis sekejap hingga warna ke golden brown.


3. Masukkan sesudu nampla atau sos ikan.


4. Masukkan 200ml air. Selepas itu, baru masukkan daging.


5. Masukkan 1 paket perencah sup siam. Kacau sebati.


6. Seterusnya, masukkan 100ml air rebusan daging.


7. Tambahkan gula secukupnya, dan tambahkan cili padi, bawang holland, tomato dan kentang. Masak sampai kentang lembut.

Cara membuat Cili Kicap:


1. Goreng 3 ulas bawang putih dan 10 biji cili padi.


2. Masukkan 1 sudu bawang goreng. Tumbuk bersama bahan yang digoreng.


3. Kemudian, tambahkan kicap ikut suka.


4. Akhir sekali, perahkan limau nipis sedikit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Wan LuQman (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x