fbpx

Kalau Makan Ayam Goreng Berempah Dengan Sambal Belacan Memang Padu Rasanya

iCookAsia

Sekarang musim berpuasa kan? Mesti setiap hari fikir nak buat hidangan apa untuk berbuka kan? Boleh lah cuba Ayam Goreng Berempah ini, tengok pun dah terliur. Apatah lagi kalau dapat makan dengan nasi panas digandingkan pula dengan Sambal Belacan.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Saffiah Sulaiman perkongsian resipi Ayam Goreng Berempah ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 ekor ayam (Potong 14)

Bahan B (Kisar Halus):

7 batang serai (Potong seinci setengah, jangan potong nipis, nanti tak nampak serabut serai)

7 tangkau lada kering (Boleh lebihkan kalau nak lagi pedas)

2 inci halia

7 biji bawang kecil

5 ulas bawang putih

Bahan C:

2 sudu rempah kari ayam

1 sudu besar kunyit serbuk

1 sudu besar campuran jintan halus, kasar dan ketumbar yang dikisar

Garam

2 sudu besar tepung jagung

Daun kari

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan bahan yang dikisar halus tadi ke dalam mangkuk berisi ayam.
  2. Kemudian, masukkan 2 sudu rempah kari ayam dan 1 sudu besar kunyit serbuk.
  3. Seterusnya, masukkan 1 sudu besar campuran jintan halus, kasar dan ketumbar yang dikisar serta sedikit garam.
  4. Masukkan juga 2 sudu besar tepung jagung dan juga daun kari. Gaul rata.
  5. Akhir sekali, perap dalam 2 jam. Lagi lama lagi sedap. Sewaktu menggoreng, boleh tabur lebihan daun kari.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Saffiah Sulaiman(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x