fbpx

Kalau Dapat Makan Ayam Goreng Mamak Pun Sedap, Mudah Je Nak Buat

iCookAsia

Kalau makan Ayam Goreng Mamak dengan nasi panas pun sedap juga ni. Nak ratah macam tu sahaja pun boleh tau. Masak untuk anak-anak di rumah, mesti mereka suka, dengan rasa crunchy lagi. Apatah lagi dicicah dengan sos.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Qhamcyahh Hidayat perkongsian resipi Ayam Goreng Mamak ini

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 ekor ayam

6 sudu makan tepung jagung

6 sudu makan tepung beras

3 tangkai daun kari

Bahan B (Dikisar):

6 ulas bawang putih

2 inci halia

5 tangkai cili kering

2 sudu makan rempah kari

1 biji telur

Garam secukup rasa

1 sudu makan serbuk lada sulah

Cara membuat:

  1. Mula-mula, perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
  2. Panaskan minyak.
  3. Akhir sekali, goreng ayam hingga masak.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Qhamcyahh Hidayat(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x