Cuaca petang memang paling best kalau mendung. Apabila mendung ni, lagi enak kalau dapat makanan yang bergoreng kan? Cucur Manis sudah menjadi kebiasaan, jadi perlu lah buat kelainan pada hidangan makan petang. Disini Admin kongsikan resipi Cucur Udang daripada seorang pengguna Facebook ini dimana beliau meletakkan udang sebiji bagi setiap cucur tu tau. Bila buat sendiri ini lebih puas. Kalau diluar, mestilah tak dapat udang sebiji ini kan?
Terima kasih Khomisah Komtom untuk perkongsian resipi Cucur Udang ini 🙂
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis kering
1/2 makan kiub ayam
2 cawan air suam
Sedikit serbuk kunyit
Udang basah secukupnya
KucaiÂ
Cara memasak:
- Masukkan semua bahan di atas ke dalam bekas. Kacau rata dan perap sekejap lebih kurang 15-20 minit.
- Goreng guna minyak yang banyak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Khomisah Komtom (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/