Setiap kali selepas tarawih, mesti teringin nak makn sesuatu kan? Hidangan yang simple tapi sedap, boleh cuba buat Cucur Jagung Bilis ini. Sangat mudah cara nak buat dan yang penting mesti puas hati.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Nurhayati Abd Malek perkongsian resipi Cucur Jagung Bilis ini 🙂
Bahan-bahan:
Jagung segar
Ikan bilis
Tepung gandum
Daun bawang (Optional)
Air panas
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan kesemua bahan termasuk garam.
- Gaulkan sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan air dan gaul lagi sehingga rata.
- Adunan akan jadi seperti ini, kalau terlalu pekat, boleh adjust.
- Ambil satu sudu dan bulat-bulatkan.
- Masukkan dalam minyak panas dengan api sederhana.
- Balik-balikkan agar warna keemasan. Boleh diangkat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nurhayati Abd Malek(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity