Kek Pisang ini antara kek yang mudah dan sedap untuk dibuat. Apatah lagi kalau letak buah pisang banyak-banyak, lagi nikmat nak makan. Bukan itu sahaja, sangat sesuai dibuat untuk makan petang dengan keluarga.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Rossita Omar perkongsian resipi Kek Pisang ini
Bahan-bahan:
Bahan A:
3 biji pisang berangan + 1 sudu teh garam
Lenyek hingga lumat.
(Anggaran 1 cawan pisang)
Bahan B:
2 cawan tepung gandum.
1 sudu kecil soda bikarbonat.
1 sudu kecil baking powder
(Diayak bersama)
Bahan C:
3/4 cawan minyak masak.
Bahan D:
3 biji telur A
3/4 cawan gula pasir.
½ sudu besar ovelet.
1 penutup esen pisang
Cara membuat:
- Mula-mula, mix kesemua bahan D hingga benar-benar gebu dan putih.
- Kemudian, masukkan bahan A, B dan C. Gaul semuanya hingga sebati menggunakan spatula.
- Tambah pewarna perang sedikit.
- Sapukan majerin pada loyang dan isi adunan dalam loyang bersaiz 8 inci.
- Hiris pisang nipis-nipis untuk hiasan dan susun mengikut suka.
- Akhir sekali, bakar pada suhu 150 selama satu jam dengan menggunakan api atas dan bawah. Kipas off.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!
Kredit resipi dan gambar: Rossita Omar(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity