Mesti di kebanyakkan rumah ada pokok pisang kan. Kadang-kadang sampai tak termakan buah pisang tu. Boleh la cuba buat Kek Pisang Coklat Marble ini. Kombinasi coklat dan pisang memang sangat perfect tau kalau anda semua nak tahu. Tak cuba tak tahu.
Jom Admin share resipi nak buat kek ini.
Terima kasih Shah Shatry untuk perkongsian resipi Kek Pisang Coklat Marble ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan A (Untuk Ayak):
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda
Bahan B (Untuk Dikisar):
4 biji pisang berangan atau 7-8 biji pisang emas
1 cawan minyak masak
3/4 atau 1 cawan gula kastor
5 biji telur (Gred D)
1 penutup esen vanilla atau pisang
Bahan C:
1/2 cawan serbuk koko
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, ayak bahan A da ketepikan dahulu.
- Blend kan kesemua bahan B kecuali pisang sehingga sebati. Selepas semua sudah sebati, masukkan pisang. Blend kan sekejap.
- Tuang bahan yang sudah dikisar di dalam bekas tepung yang diayak tadi.
- Asingkan setengah adunan ke dalam mangkuk berasingan kemudian masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
- Alaskan loyang dengan baking paper yang sudah di sapu marjerin sekeliling.
- Lapiskan adunan kek secara selang seli untuk mendapatkan corak berbelang. Mengikut kreativiti masing-masing.
- Panaskan dulu oven selama 10 minit.
- Kemudian, bakar adunan pada suhu 170°C selama 50 minit atau sehingga masak. Kalau mahu kukus pula, kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Shah Shatry(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos