fbpx

Jom Tukar Selera, Buat Makaroni Goreng Pedas Pula Untuk Tengahari, Yang Penting Sedap Tau

iCookAsia

Kadang-kadang mesti teringin nak makan hidangan yang berbeza kan? Apa kata anda cuba buat Makaroni Goreng Pedas Pula. Hidangan ini hanya memerlukan bahan yang mudah untuk didapati sahaja. Sedap pula tu hehe.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Rozmaliza Omar perkongsian resipi Makaroni Goreng ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

200 gm makaroni (rebus-letakkan sedikit garam dan minyak semasa merebus)

1 mangkuk kecik udang

2 sudu besar sos tiram

3 sudu besar kicap manis

3 sudu besar cili sos

1 kiub ayam knorr

2 sudu besar cili kisar

Brocoli potong kecil-kecil

Carrot (potong mancis)

Kobis

Cili flakes, daun sup daun bawang hiris

Garam

Gula

Bahan B (Tumis):

1 labu bawang besar holland

3 ulas  bawang putih

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan sedikit minyak. Tumis bahan B dan cili kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam, daging atau udang. Tambahkan sedikit air. Tunggu sehingga ayam,daging atau udang masak.
  3. Kemudian, masukkan semua sos, garam, gula dan kiub ayam. Gaul sekata.
  4. Masukkan sayur. Biarkan sekejap untuk melembutkan sayur.
  5. Akhir sekali boleh masukkan makaroni, daun kucai dan gaul rata. Tabur cili flakes, bawang goreng dan daun sup hiris untuk hiasan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x