Bagi sesiapa yang suka makan dessert mesti cuba resepi Puding Mangga ini. Ikut sahaja satu per satu, mesti jadi. Bukan itu sahaja, rasa puding ini pun sangat sedap dan sesuai untuk dibuat makan petang bersama ahli keluarga.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Muhammad Ali perkongsian resipi Puding Mangga ini 🙂
Bahan-bahan:
Guna Loyang petak 8 inci
Bahan A (Lapisan pertama-putih):
4-5 biji mangga (Potong dadu, nak kurangkan pun boleh)
8 g agar – agar tali
3 cawan air
50 g gula
130 g susu segar
30 g dairy whipping cream
Cara membuat:
- Mula-mula, potong dadu 4 hingga 5 biji mangga.
- Letakkan dan susun dalam loyang. Kalau nak kurangkan letak mangga pun boleh. Atas citarasa masing-masing. Setkan dalam peti sementara buat proses seterusnya.
- Kemudian, letak atas api sederhana 8 g agar – agar tali ditambah dengan 3 cawan air.
- Biarkan mendidih dan aga-agar tali tadi terurai, masukkan pula 50 g gula. Apabila sudah larut baru masukkan 130 g susu segar ditambah 30 g dairy whipping cream.
- Biarkan mendidih dalam 2 hingga 3 minit. Kacau sekejap dan tutup api.
- Biarkan dalam 3 hingga 4 minit baru tuangkan perlahan-lahan ke atas mangga yang diletakkan dalam loyang tadi.
- Setkan dalam peti.
Bahan B (Lapisan kedua-kuning, dalam 3 hingga 4 biji mangga):
300 g puree + 2 sudu sunquick mangga
8 g agar-agar tali
3 cawan air
30 g gula
130 g susu cair
30 g dairy whipping cream
3 sudu makan sunquick mangga
Cara membuat:
- Mula-mula, blend kan mangga. Sebelum blend, masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus dan pakai lebih kurang dalam 3 hingga 4 biji mangga. Jika sudah blend mangga, sila tapis.
- Dengan api sederhana, masukkan 8 g agar – agar tali ditambah 3 cawan air.
- Jika sudah mendidih, masukkan 30 g gula.
- Kemudian, apabila gula sudah larut masukkan 130 g susu cair ditambah 30 g dairy whipping cream serta 300 g puree mangga dan 3 sudu makan sunquick mangga.
- Kacau sebati dan biarkan mendidih selama 2 hingga 3 minit. Tutup api.
- Bagi suam dahulu dalam 3 hingga 4 minit baru tuang perlahan-lahan ke atas lapisan putih tadi. Sebelum tuang cucuk-cucuk dahulu menggunakan garfu agar lapisan melekat dan tidak terpisah.
- Akhir sekali, setkan dalam 2 hingga 3 jam dan boleh makan sejuk-sejuk.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Muhammad Ali(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity