fbpx

Jom Cuba Buat Resepi Baked Macaroni And Cheese. Sangat Creamy Dan Enak Rasanya

iCookAsia

Selalu makan masakan melayu, kadang-kadang mesti teringin makan sesuatu yang ada kelainan kan. Apa kata kali ini anda cuba ubah selera kepada western pula. Boleh buat resepi Baked Macaroni & Cheese ini. Sedap dan mengenyangkan tau.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Linie Azhar perkongsian resipi Baked Macaroni & Cheese ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

2 cawan macaroni

1 labu bawang holland dipotong dadu

1 mangkuk kecil daging/ayam kisar (Dalam resepi guna ayam kisar)

1 tin sos prego tradisional

Carrot, capsicum (potong dadu)

1 tin mushroom

2 sudu besar lada hitam

2 sudu besar mixed herbs

Sedikit minyak untuk menumis (Boleh guna olive oil)

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit air

Cara membuat:

  1. Mula-mula, didihkan air, tambahkan secubit garam dan 1 sudu besar minyak. Rebus makaroni hingga lembut. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang hingga layu supaya terasa manis bawang.
  3. Kemudian, masukkan ayam cincang, carrot dan sedikit air. Masak hingga empuk.
  4. Masukkan sos prego, mushroom dan capsicum bersama garam dan gula, kacau hingga mendidih.
  5. Akhir sekali, masukkan macaroni tadi bersama lada hitam dan mixed herbs. Kacau rata. Biar sebentar. Tutupkan api.

Bahan B (Sos Putih):

4 sudu besar butter

2 sudu besar tepung gandum

2 cawan susu segar (boleh juga gunakan susu cair)

Secubit garam

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, cairkan butter.
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau dengan cepat supaya sebati.
  3. Seterusnya, masukkan susu, garam. Sentiasa kacau dengan api perlahan supaya tidak berkerak dan hangus.
  4. Akhir sekali, kacau sehingga menjadi creamy. Tutupkan api.

Bahan Lain:

Mozzarella cheese (parut)

Cheddar cheese

Parmesan cheese

Cara membuat:

  1. Panaskan oven terlebih dahulu. Gris kan loyang dengan butter.
  2. Masukkan makaroni ke dalam loyang tadi. Curahkan sos putih di atasnya secara merata dan taburkan semua cheese.

Akhir sekali, bakar hingga masak mengikut oven masing-masing. Untuk oven pengguna Facebook ini menggunakan suhu 160’C selama 30 minit

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Linie Azhar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x