Kalau anda semua nak tahu, dumplings dikatakan berasal daripada negara China. Bukan itu sahaja tau, macam-macam jenis dumplings yang ada seperti Xiao Long Bao dan Wonton. Yang penting, semua sedap. Ramai pula tu yang suka.
Tapi disebabkan keadaan sekarang, apa kata kita cuba resipi ini di rumah sahaja? Boleh makan banyak lagi hehe. Jom Admin share.
Terima kasih Ida Alina Salleh untuk perkongsian resipi Crystal Shrimp Dumplings ini 🙂
Bahan-Bahan:
Bahan (Untuk Buat Inti Udang):
400 g udang segar (Dibersihkan dan disiang)
1/2 cawan kucai (Dihiris halus)
Sedikit halia (Dipotong mancis halus-halus)
Beberapa biji water chestnuts (Dipotong dadu halus-halus)
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar kicap cair
Sedikit garam, gula dan lada sulah
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, cincang halus udang dengan pisau. Pastikan tidak blend kerana untuk mendapatkan tekstur dan rasa udang yang kasar-kasar.
- Campurkan kesemua bahan dan sejukkan dalam fridge sementara untuk buat kulit.
Bahan (Untuk 1 Kulit Dumplings):
40g wheat starch (kanji gandum)
40g corn starch atau tapioca starch
1 sudu teh minyak sayur
80g air mendidih (Agak-agak sahaja, doh lembut tapi tidak melekit dan tekstur lembut sedikit daripada play doh)
Cara penyediaan:
- Campurkan tepung dan minyak. Tuangkan air panas mendidih dan ia mesti menggelegak dan curah. Boleh jerang 100 ml, tuang sedikit demi sedikit, dan kacau tepung dengan menggunakan chopstick.
- Kalau tangan asbestos macam saya, boleh terus uli 1-2 minit sehingga mudah di bent kan dan smooth.
- Sapu sedikit minyak pada doh, dan rehatkan sekejap. Seterusnya, jadikan ia ke dalam bentuk silinder dan potong kepada 12. Bulat-bulatkan dan masuk ke dalam bekas kedap udara.
- Leperkan doh dan masukkan inti. Kelimkan ia dan letak atas pinggan yang sudah disapu sedikit minyak.
- Kukus selama 8 minit dengan yang api sederhana besar.
- Matikan api, dan biarkan sebentar dalam pengukus.
- Apabila sudah sedikit sejuk, sudah boleh hidang. Kalau baru sangat, matikan api dan dumplings akan agak melekat pada piring.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ida Alina Salleh(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.my/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos