fbpx

Jom Cuba Buat Burger Dengan Bawang Karamel, Sangat Lazat Dengan Rasa Bawang Yang Manis Dan Unik

Masih terasa betapa enaknya burger yang dijual di pinggiran jalan dan ramai sanggup beratur demi mendapatkannya. Yang menjadikan ia menarik, resepi Burger bersama Bawang Karamel juga sangat sesuai kepada seisi rumahtangga. Dan bertambah sedap apabila terdapat AJI-SHIO® Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa dalam menu burger.

Satu suapan burger akan jadi lebih bermakna digandingkan bersama Bawang Karamel. Bawang bukan sekadar bawang tapi penuh dengan rasa manis yang unik, sedap dan memikat hati. Ditambah pula ada mentega yang saling melengkapi hidangan Caramelised Onion Burger tersebut.

Memang sekali gigit, tak terasa cukup satu burger! Cair di mulut dengan kelazatan burger yang ditambah dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa ini.

Lain daripada yang lain, memang tak boleh tahan diri daripada makan Burger bersama Bawang Karamel ini, sekali cuba mesti nak lagi!

Resepi:

Bahan-bahan:

Bahan A:

Minyak secukupnya

4 keping daging burger (Ayam atau Daging)

AJI-SHIO® Flavoured Pepper (24 kali tabur)

40 g marjerin

4 burger bun (Potong dua dan sapukan dengan marjerin)

Mayonis secukupnya

4 keping salad

AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper (8 kali tabur)

Bahan B (Bawang Karamel):

100 g mentega tanpa garam

400 g bawang holland (Dihiris)

200 g bawang merah (Dihiris)

2 sudu kecil AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper

4 sudu kecil AJI-SHIO® Flavoured Pepper 

Cara membuat (Untuk Bawang Karamel):

  1. Mula-mula, Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang holland dan bawang merah hingga keperangan dan layu.
  2. Perasakan dengan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® dan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®.
  3. Kemudian, bahagikan 4 untuk 4 set burger.

Cara membuat (Untuk Burger):

  1. Pertama sekali, panaskan minyak masak. Bakar daging burger dengan api sederhana hingga masak. Goncangkan Lada Berperisa AJI-SHIO® 3 kali pada kedua-dua belah daging semasa memasak. Ketepikan.
  2. Bakar roti sehingga sedikit perang kedua-dua belah.
  3. Akhir sekali, pada bun bawah, paipkan pada mayonis, letakkan salad, daging burger, bawang karamel, kemudian paipkan mayonis dan atas dengan 2 goncangan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®. Kemudian letakkan roti atas bun.

Tips:

Simpan bawang karamel dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk.

Bawang karamel boleh bertahan sehingga 5 hari.

#AjiShio #ShioSedap #ResipiBurger #AjiShioBurger #AjiShioBurgerPastiShiok

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x